loader image
Close
  • Home
  • Company
    • Corporate Profile
    • Corporate Structure
    • Board of Directors
    • Key Senior Management
  • Core Business
    • Property Development & Infrastructure
    • Strategic Business
    • Land, Asset & Facility Management
  • Governance
    • Corporate Governance
    • Board Charter
    • Policies
      • Sustainability Policy
      • Whistle Blower Policy
      • Anti-Corruption & Bribery Policy
    • Terms of Reference
      • Audit Committee
      • Risk Management Committee
      • Remuneration Committee
      • Nomination Committee
    • Code of Business Conduct & Ethics
  • Investor Relations
    • Share Information
      • Stock Charts
    • Financial Information
      • Financial Statistics
      • Highlights
    • News Centre
      • Bursa Announcements
    • Reports
      • Annual Reports
      • Quarterly Reports
      • AGM/EGM/MSWG
  • Contact Us
    • Contact Us Info
    • Careers
Majuperak Holdings Berhad
  • Home
  • Company
    • Corporate Profile
    • Corporate Structure
    • Board of Directors
    • Key Senior Management
  • Core Business
    • Property Development & Infrastructure
    • Strategic Business
    • Land, Asset & Facility Management
  • Governance
    • Corporate Governance
    • Board Charter
    • Policies
      • Sustainability Policy
      • Whistle Blower Policy
      • Anti-Corruption & Bribery Policy
    • Terms of Reference
      • Audit Committee
      • Risk Management Committee
      • Remuneration Committee
      • Nomination Committee
    • Code of Business Conduct & Ethics
  • Investor Relations
    • Share Information
      • Stock Charts
    • Financial Information
      • Financial Statistics
      • Highlights
    • News Centre
      • Bursa Announcements
    • Reports
      • Annual Reports
      • Quarterly Reports
      • AGM/EGM/MSWG
  • Contact Us
    • Contact Us Info
    • Careers

Media News

MHB Group will strive to contribute to the socio-economic growth and development in Perak.
- BH Online  ·  21 Dec, 2020

MajuPerak tinjau peluang perniagaan baharu

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB, Nizran Noordin, berkata memandangkan tempoh pulangan modal yang panjang dan pasaran berlainan bagi segmen pembangunan hartanah, Bahagian Perniagaan Strategiknya diberi mandat untuk meneroka usaha baharu bagi mempelbag

Inserted Image

KUALA LUMPUR: MajuPerak Holdings Bhd (MHB) akan terus menumpukan perhatian dalam perniagaan terasnya, pembangunan hartanah dan infrastruktur serta meninjau peluang baharu untuk mempelbagaikan sumber pendapatannya pada 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB, Nizran Noordin, berkata memandangkan tempoh pulangan modal yang panjang dan pasaran berlainan bagi segmen pembangunan hartanah, Bahagian Perniagaan Strategiknya diberi mandat untuk meneroka usaha baharu bagi mempelbagaikan sumber pendapatan.

Beliau berkata, langkah itu akan menyokong perniagaan sedia ada, terutamanya semasa dan selepas tempoh COVID-19.

"Walaupun kami tetap fokus pada perniagaan teras kami, kami juga telah menilai peluang sektor lain. Sejajar dengan inisiatif ini, kumpulan mengejar peluang perniagaan baharu dengan prospek pertumbuhan yang kukuh untuk mempelbagaikan lagi asas pendapatan MHB," katanya.

MHB telah memeterai perjanjian perkongsian dengan beberapa syarikat, antaranya ialah kerjasama dengan Petrolife Aero Sdn Bhd dalam perniagaan perdagangan dan gas asli cecair (LNG) dalam projek Cogeneration.

Ia juga bekerjasama dengan United Solar Energy Malaysia melalui usaha sama dalam projek Sistem Penjanaan Fotovoltaik Solar (SPS) menggunakan skim Net Energy Metering (NEM) di Perak.

Dengan pelantikan ahli Lembaga Pengarah baharu, MHB juga yakin bahawa kepakaran dan pengalaman mereka akan memberi manfaat dalam menceburi sektor baharu dan merebut peluang baharu.

Ia juga bertekad untuk mewujudkan kesan ekonomi yang positif bagi Negeri Perak dan rakyat Perak.

Mengenai perniagaan bukan teras, Nizran berkata, MHB kini aktif menerokai perniagaan dalam segmen tenaga boleh diperbaharui, pelancongan dan pendidikan.

Beliau berkata, dalam segmen tenaga boleh diperbaharui, syarikatnya telah mempelbagaikan inisiatif melalui gabungan Pengurusan Tenaga, Solar PV, dan Cogeneration sebagai penyelesaian tenaga untuk pelanggan berpotensi melalui pengenalan 'Total Building Solution'.

Katanya, pihaknya juga mencari peluang untuk beroperasi dan menguruskan tarikan pelancong tempatan iaitu Gua Tempurung.

"Pusat pendidikan akan didirikan pada tahun ini di Silveritage Complex di Medan Gopeng yang dipanggil UTMSpace Perak Education Center atau UPEC.

"UTMSpace adalah projek pendidikan yang kami nantikan. Kami memberi keutamaan kepada pelajar dari lulusan universiti sehingga profesional yang bekerja, dan UPEC akan mendidik dan memupuk set kemahiran profesional yang bersesuaian dalam dunia pekerjaan," katanya.

Mengenai cabaran mendatang, Nizran berkata, perjalanan MHB ke hadapan akan tetap sukar, namun pihaknya yakin ia mempunyai rancangan perniagaan yang utuh dengan visi yang jelas untuk meningkatkan pendapatannya.

Justeru, beliau menegaskan, pihaknya yakin rancangannya akan memberi kedudukan yang lebih kukuh sambil memaksimumkan nilai pemegang saham.

"Secara keseluruhan, walaupun sukar, kami berjaya menandatangani beberapa perjanjian usaha sama pada 2020 dalam sektor pembangunan hartanah yang akan membantu mengembangkan buku pesanan kami sehingga mencapai sasaran RM1 bilion dalam jangka masa sederhana 2021-2025.

"Pada masa ini, nilai pembangunan kasar (GDV) kami berjumlah RM295 juta berikutan perjanjian usaha sama baru-baru ini yang ditandatangani antara MHB dan Taraf Nusantara," katanya.




We appreciate your valuable feedback

Contact us today.
Get In Touch
Facebook Instagram Linkedin
Copyright 2020 Majuperak Holdings Berhad (585389-X). All Rights Reserved. Web Design Malaysia & Web Hosting Malaysia